Empat negeri rekod bacaan IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR – Empat negeri iaitu Sarawak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sarawak mencatatkan jumlah kawasan terjejas tertinggi dengan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan 188, diikuti Kuching (175), Samarahan (169), Sri Aman (158) dan Bintulu (108).
Di Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan IPU 161 manakala Kuala Selangor mencatatkan 128.
Kedah pula merekodkan bacaan tidak sihat di Sungai Petani dengan 155 dan Alor Setar 145, manakala Pulau Pinang mencatatkan bacaan 134.
Selain itu, sebanyak 58 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana.
Tiada kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik, sangat tidak sihat atau berbahaya setakat pagi ini.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus memantau kualiti udara ambien negara menerusi 68 stesen pengawasan bagi mengesan sebarang perubahan yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan alam sekitar.
Data IPU dikemas kini setiap jam melalui portal APIMS.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

