BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pendedahan maklumat peribadi tanpa izin langgar undang-undang – KPN

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan etika serta bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dengan tidak menyebarkan, mendedahkan atau memaparkan maklumat peribadi pihak lain tanpa kebenaran.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, perbuatan tersebut jelas menyalahi undang-undang, termasuk mendedahkan alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri serta maklumat keluarga seseorang.

Menurut beliau, perbuatan dikenali sebagai ‘doxing’ tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah beberapa peruntukan sedia ada, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, serta Seksyen 507E dan Seksyen 507F (1) atau 507F (2) Kanun Keseksaan.

“Prinsip perlindungan data peribadi terpakai kepada semua individu tanpa mengira latar belakang, pandangan atau situasi semasa, dan tidak boleh dijadikan alasan untuk tindakan balas dendam, ugutan atau gangguan dalam talian,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan etika serta bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial.

“PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang berkaitan, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan kepentingan keselamatan awam,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button