BERITA SEMASADALAM NEGERI

PDRM sokong garis panduan INSG bendung jenayah siber

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik pengenalan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam membendung jenayah siber yang kian meningkat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, ancaman serius alam siber yang menjadi cabaran utama era digital kini memerlukan pendekatan yang proaktif.

“JSJK dan PDRM memahami kepentingan melindungi sistem komunikasi dan rangkaian yang semakin canggih agar maklumat kekal selamat.

“Keselamatan maklumat bukan sahaja penting untuk individu, tetapi juga menjadi elemen utama dalam memastikan kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pengenalan INSG oleh MCMC adalah langkah positif untuk mempertingkat keselamatan maklumat dan daya tahan industri komunikasi di Malaysia.

“Sebagai agensi bertanggungjawab terhadap keselamatan awam, kami menyedari bahawa kerjasama antara pihak berkuasa, termasuk MCMC, adalah kunci untuk mengurangkan risiko ancaman siber,” tambahnya.

Ramli turut menegaskan komitmen PDRM untuk terus menyokong dan menjalin kerjasama erat dengan MCMC dalam memperkukuh keselamatan maklumat dan rangkaian negara.

Langkah itu diharap dapat membantu menangani ancaman siber yang boleh menggugat kestabilan ekonomi dan keselamatan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button