JAIS tahan lelaki disyaki lakukan ritual bertentangan ajaran Islam
SHAH ALAM – Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan berhubung perbuatan yang dipercayai bertentangan dengan hukum syarak Islam.
Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.
Pasukan penguat kuasa turut menahan ibu suspoek yang berusia 52 tahun.
Susulan penahanan itu, kedua-dua mereka kemudiannya dibawa Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS di Shah Alam, pukul 3.50 petang tadi.
Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, lelaki yang dikenali sebagai Aliff Daniel dan ibunya akan disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Menurutnya, JAIS juga dijangka memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain bagi membantu siasatan, lapor portal Media Selangor.
“Tangkapan terhadap kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) dibuat melalui waran tangkap bersaling (tindakan bersaling) yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Shah Alam.
“JAIS memandang serius perkara ini dan akan memastikan setiap tindakan diambil berdasarkan bidang kuasa, undang-undang dan fakta kes.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan,” katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu, tular di medai sosial gambar memaparkan lelaki itu melakukan ritual agama lain yang jelas bertentangan dengan agama Islam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








