PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur mereman dua individu kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM15,000 sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pembekalan di agensi kerajaan tersebut.
Perintah reman selama tujuh hari sehingga 19 Oktober 2026 terhadap kedua-dua suspek yang terdiri daripada seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan dan seorang pengarah syarikat itu dikeluarkan Majistret Aliaa Anwar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2023.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohammad Zakkuan Talib ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








