Jurulatih bola sepak disyaki liwat, cabul remaja 15 tahun ditahan polis
KOTA TINGGI – Seorang jurulatih bola sepak ditahan polis kerana disyaki meliwat dan mencabul seorang remaja lelaki di sebuah pondok di hadapan kediamannya di Kampung Gembut, Tanjung Sedili di sini, Khamis lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusuf Othman, laporan dibuat sendiri oleh mangsa yang berusia 15 tahun, sehari selepas kejadian.
“Bertindak atas laporan, polis kemudian menahan lelaki berusia lingkungan 50-an itu ketika berada di kampung berkenaan pada hari yang sama bagi membantu siasatan.
“Mereka merupakan jiran dan kejadian ini pertama kali berlaku. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari hingga hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








