BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Emas dirompak empat penjenayah dianggar RM3.2 juta

KAJANG – Jumlah emas yang berjaya dilarikan sekumpulan empat lelaki dalam rompakan sebuah kedai emas di Plaza Metro Kajang semalam dianggarkan bernilai RM3.2 juta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, jumlah kerugian itu dinilaikan oleh pemilik kedai emas berkenaan berdasarkan keterangan yang dijalankan.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, setakat ini polis telah mengambil kenyataan daripada tujuh saksi yang terlibat dan menyaksikan kejadian itu.

Dalam kejadian pada pukul 3.17 petang semalam, empat lelaki bersenjatakan senapang dan pistol dan berpakaian ala pengawal keselamatan merompak kedai emas di tingkat satu pasar raya berkenaan.

Suspek bertopeng dan bersarung tangan itu berjaya melarikan diri menggunakan kenderaan yang diletak di bahagian parkir bawah bangunan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (penalti lebih berat).

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button