Rekod cemerlang di bawah Tok Min bukti perubahan mampu dilaksanakan di Negeri Sembilan – Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menampilkan barisan calon berkaliber, berwibawa dan bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, gabungan tersebut juga mempertaruhkan rekod cemerlang pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
“Rekod pentadbiran Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Tok Min telah membuktikan perubahan mampu dilaksanakan melalui kerajaan yang telus, amanah dan ikhlas menjaga kepentingan rakyat,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, kehadiran ribuan orang pada majlis pengumuman 36 calon PH di Dataran Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam juga memberi isyarat positif kepada parti itu.
Pada masa sama, Fahmi turut menyeru pengundi Negeri Sembilan untuk mengekalkan pentadbiran PH dan Aminuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Min bagi memacu negeri itu ke arah kemajuan dan kemakmuran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








