BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Isa Samad dibebaskan tuduhan rasuah beli hotel di Sarawak

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad atas sabitan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkait pembelian sebuah hotel di Sarawak.

Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang mengetuai panel tiga hakim bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah membuat keputusan itu setelah mendapati Mahkamah Tinggi melakukan kekhilafan.

Keputusan itu menurut Vazeer yang boleh dirayu dan memerlukan campur tangan.

Berikutan itu, katanya, mahkamah membenarkan rayuan berkenaan dan membatalkan hukumannya.

Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi memutuskan Mohd Isa, bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkait pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh FELDA.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun, jika gagal membayar denda berkenaan.

Mohd Isa ketika ditemui pemberita hari ini menyatakan kesyukuran atas keputusan itu
yang membolehkan beliau dan keluarga kembali menjalani kehidupan biasa.

“Saya dan isteri bersyukur kepada Allah sebab kes ini telah selesai, saya berasa lega dan ini memudahkan saya dan keluarga menjalani kehidupan seperti biasa.

“Terima kasih khusus kepada peguam dan rakan-rakan saya yang menjalankan tugas dengan baik kerana dan bersabar selama enam tahun dan akhirnya mendapat keputusan yang baik,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button