Penutupan jalan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Putrajaya
PUTRAJAYA – Beberapa jalan di sekitar Putrajaya akan ditutup secara berperingkat bagi melancarkan raptai dan acara kemuncak Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.

Penutupan jalan serta kawalan lalu lintas akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perbadanan Putrajaya mengikut jadual ditetapkan.
Bagi raptai Skeleton dari 26 hingga 28 Ogos, Persiaran Perdana membabitkan laluan antara Jalan Kemerdekaan hingga Lebuh Bestari akan ditutup sepenuhnya.
Sesi raptai pada 28 dan 29 Ogos pula akan berlangsung dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari dengan lapan laluan terlibat iaitu Dataran Putra, Persiaran Perdana, Laman Perdana, Jalan P2a, Jalan P2t, Jalan P2s, Jalan P2w dan Jalan P2y.
Bagi acara kemuncak dan penutupan penuh Core Island, penutupan akan bermula jam 5 pagi pada 30 Ogos hingga 6 petang pada 31 Ogos.
Lima jambatan akan ditutup iaitu Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Putra dan Jambatan Seri Ehsan.
Turut terjejas ialah Lebuh Bestari, Lebuh Setia, Lebuh Saujana, Lebuh Gemilang, Lebuh Wawasan, Lebuh Sentosa, Jalan Tun Hussein, Persiaran Barat dan Persiaran PSSAAS.
Penduduk Core Island dan Presint 18 hanya boleh keluar dan masuk melalui Jambatan Seri Bestari serta Jambatan Seri Setia sepanjang tempoh penutupan berkenaan.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma yang disediakan.
Selain itu, orang ramai diminta mematuhi arahan petugas serta tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan atau kawasan larangan bagi mengelakkan kesesakan.
Orang ramai juga diingatkan bahawa Putrajaya merupakan kawasan larangan penerbangan dron tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Sebarang kemas kini berkaitan laluan dan keadaan trafik boleh dirujuk melalui aplikasi navigasi Waze.
Untuk pertanyaan atau bantuan, orang ramai boleh menghubungi Polis Putrajaya di talian 03-8886 2222 atau Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








