BERITA SEMASA

68 penunggang motosikal sertai Kembara Aku Kasih Malaysia 2025 sempena Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA – Seramai 68 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara menyertai Program Kembara Aku Kasih Malaysia (KAKM) 2025 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Datuk Dr. Roslan Hussin berkata, program itu menggabungkan elemen permotoran dengan pendekatan kenegaraan bagi memupuk semangat patriotisme serta memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum.

“Setiap hentian kembara akan diserikan dengan pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat, selari dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni,” katanya ketika berucap pada majlis pelepasan peserta di sini, hari ini.

Menurutnya, peserta akan menjelajah ke beberapa lokasi terpilih di Putrajaya, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan pengisian bercorak kenegaraan serta aktiviti kemasyarakatan.

Program KAKM 2025 turut disemarakkan dengan simbolik 68 motosikal berkuasa tinggi, selaras dengan sambutan Bulan Kebangsaan ke-68, selain disokong oleh komuniti Fast Bikes Club yang hadir bagi menyemarakkan semangat patriotisme.

Kembara itu dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini di Pusat Latihan Kenegaraan, Alor Gajah, Melaka bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button