JENAYAH & MAHKAMAH

Polis sahkan Zaharudin ditahan

Berkenaan isu Kampung sungai Baru

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penahanan Ketua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad adalah berkenaan kekecohan ketika operasi pengosongan rumah di Kampung Sungai Baru, di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, aktivis itu yang juga menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ditahan mengikut Seksyen 86, 353, dan 324 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA:
Pemuda Pas Selangor kecam penahanan Ustaz Zaharudin awal pagi tadi

“Saya sahkan penahanan ini berkaitan dengan kes Kampung Sungai Baru tempoh hari,” katanya ringkas.

Zaharuddin sebelum ini lantang mengkritik operasi pengosongan yang menjejaskan penduduk di kawasan berkenaan.

Kekecohan berlaku di Kampung Sungai Baru, Khamis lalu apabila pihak berkuasa melakukan operasi untuk mengosongkan rumah di kawasan berkenaan.

Dalam bantahan itu juga, Sulizmie cedera di kepala dipercayai akibat terkena objek yang dilontar individu yang belum dikenal pasti.

Polis kemudian menahan tiga suspek berhubung insiden tersebut, manakala tujuh lagi individu ditahan kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata tujuh lelaki itu dipercayai anggota sebuah pertubuhan, dengan seorang daripadanya dikenal pasti sebagai ketua.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button