Kegiatan penyalahgunaan SIM Box, kad SIM secara pukal termasuk kad SIM asing ditumpaskan
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membanteras satu sindiket penyalahgunaan SIM Box dan kad SIM secara pukal, termasuk kad SIM asing.
Menurut MCMC, dalam operasi yang dijalankan baru-baru ini di Kajang, 50 peralatan SIM Box, 5,000 kad sim dan kelengkapan berkaitan telah dirampas bagi tujuan siasatan.
Katanya, kegiatan jenayah itu membolehkan penjenayah mencipta akaun palsu bagi menjalankan penipuan dan jenayah dalam talian, sekali gus membahayakan pengguna.
“Operasi dan siasatan telah diterajui sepenuhnya oleh pihak PDRM dengan siasatan oleh MCMC di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
“Bagi kesalahan di bawah seksyen 239 Akta 588, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, pihaknya
memandang serius penyalahgunaan peralatan telekomunikasi, termasuk peralatan SIM Box dan kad SIM, yang digunakan bagi tujuan jenayah dan aktiviti penipuan dalam talian.
Menurutnya, peralatan SIM Box serta penggunaan kad SIM secara pukal, termasuk kad SIM asing, sering disalahgunakan bagi penciptaan akaun palsu dalam talian secara besar-besaran, memintas kawalan keselamatan platform digital, serta memudahkan kegiatan seperti penipuan dalam talian dan jenayah dalam talian yang lain.
“Penyalahgunaan ini memberi ancaman kepada integriti rangkaian komunikasi negara serta keselamatan pengguna.

“MCMC menegaskan, penyalahgunaan SIM Box dan kad SIM, untuk menciptaakaun palsu dalam talian merupakan ancaman serius kepada keselamatan negara.
“Penyedia perkhidmatan telekomunikasi perlu memperketatkan kawalan pendaftaran kad SIM dalam menjamin keselamatan digital.
“MCMC akan terus bekerjasama rapat dengan PDRM dan agensi penguatkuasaan lain bagi menjamin keselamatan negara, mencegah penyalahgunaan perkhidmatan telekomunikasi, serta memastikan pematuhan kepada undangundang dan peraturan yang berkuat kuasa,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








