4 lelaki ditahan rogol remaja perempuan berumur 16 tahun
SEREMBAN – Polis menahan empat lelaki berusia 16 hingga 19 tahun di sekitar daerah ini, semalam selepas merogol seorang remaja perempuan
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, remaja perempuan itu dinoda beramai-ramai oleh empat lelaki itu di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya, minggu lalu.
“Pada 3.21 pagi 30 Ogos lalu, remaja perempuan berumur 16 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Senawang mengatakan dirinya dirogol sekumpulan lelaki.
“Siasatan awal mendapati, kira-kira 8 malam 29 ogos lalu, mangsa ke sebuah pusat karaoke keluarga di Senawang dan dia dipercayai meminta bantuan daripada lelaki baru dikenali melalui aplikasi ‘Leo’ untuk menghantarnya pulang ke rumah.
“Dalam perjalanan pulang mangsa mendakwa dibawa ke sebuah rumah tidak diketahui dan dikatakan di rogol secara berkumpulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban berjaya membuat tangkapan seramai empat suspek di sekitar Seremban, manakala mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini, untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375b Kanun Keseksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








