BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Rogol bawah umur: Polis tahan anak ADUN pembangkang di Pahang

MARAN – Polis menahan seorang remaja lelaki yang juga anak kepada wakil rakyat pembangkang di Pahang susulan kes rogol membabitkan gadis bawah umur.

Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, remaja berusia 17 tahun yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (APM) itu ditahan semalam, sejurus laporan polis dibuat ibu mangsa.

Beliau berkata, mangsa, 16, mendakwa dirogol di sebuah rumah di sini, pada awal Mac lalu, dengan kejadian dikatakan berlaku selepas gadis itu keluar bersiar-siar bersama suspek yang baru dikenali di Bandar Maran.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogol gadis terbabit. Mangsa bagaimanapun memaklumkan kejadian itu kepada ibunya semalam sebelum laporan polis dibuat,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa seorang gadis bawah umur dirogol anak kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini.

Mengulas lanjut, Kim Wai berkata, suspek yang ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan hari ini, selepas polis selesai merakam keterangannya.

“Tiada keperluan untuk polis mendapat perintah tahanan reman kerana siasatan terhadap suspek sudah selesai.

“Keterangan dan sampel darah sudah diambil serta pengakuan jelas suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun serta disebat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button