Nidza Afham pernah pasang impian jadi terkenal
KUALA LUMPUR – Penyanyi, Efahanie Mokhtar tidak menyangka hasrat adiknya, Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang pernah menyimpan impian menjadi terkenal berakhir dengan episod duka selepas dia ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di Sungai Klang di Klang, semalam.
Efahanie yang mesra dipanggil Kekfa oleh Afham berkata, amat berat untuk dia menerima kenyataan bahawa adiknya kini telah pergi selamanya.
“Afham pernah cakap dia nak jadi terkenal… 1 Malaysia kenal adik Kekfa sekarang tapi bukan macam ini Am bukan macam ni… Allah,” katanya dalam satu ciapan di X.
Menceritakan detik semasa mencari adiknya yang hilang semalam, Efahanie berkata, dia masih bersemangat untuk mencari Afham pada pagi ini dan berharap semua ini tidak terjadi.
“Semalam, waktu begini kita dah di luar aktif mencari semua tempat, moga dapat jumpa Am semula. Sampai petang Kekfa ada di sungai rasa tak ada hala tuju.
“Kami doa agar Allah tunjukkan di mana Am berada. Mulut Kekfa kata reda kalau Am dah tak ada. Sekarang reda itu berat Am.
“Kekfa masih semangat nak keluar pagi ini sambung cari Am lagi. Kekfa masih harap semua ni tak jadi. Di mana lagi Kekfa perlu cari Am. Bukan begini, kan,” tulisnya lagi.
Efahanie berkata, Allahyarham Muhammad Nidza dijangka akan disembahyangkan di Masjid Puncak Alam selepas waktu Zuhur dan akan dikebumikan di Tapak Perkuburan Felda Bukit Cherakah.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang, petang semalam adalah Muhammad Nidza Afham Mokhtar.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.
Terdahulu, media melaporkan mangsa dilaporkan hilang 7.45 petang kelmarin.
Penyanyi berusia 23 tahun itu dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam.
Walau bagaimanapun, dompet dan telefon bimbit Nidza Afham itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








