Jemaah haji dari Setiu meninggal dunia – TH
MEKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan, seorang jemaah haji wanita meninggal dunia akibat serangan jantung di Tanah Suci.
TH dalam satu kenyataan berkata, wanita berusia 63 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal, pukul 5.53 pagi.
“Jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Sharayea,” kata TH dalam kenyataan itu, hari ini.
Menurut TH, jemaah dari Setiu, Terengganu itu hadir bersama suaminya ke Tanah Suci.
Dalam kenyataan sama, TH turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan supaya rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Hingga kini, jumlah keseluruhan jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia bagi Musim Haji 1447H/2026M adalah seramai enam orang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








