JENAYAH & MAHKAMAH

JHEAINS sedang kenal pasti status agama dua beradik maut selepas kereta terjunam dalam Sungai Linggi

SEREMBAN – Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang mengenalpasti status agama dua beradik yang maut dalam kejadian sebuah kereta terjunam ke dalam Sungai Linggi di Jeti Tanjung Agas di Port Dickson, kelmarin.

Pengarahnya, Mohd. Asri Abdullah berkata, pemeriksaan itu susulan permohonan pihak polis semalam berhubung status agama dua beradik itu, lapor Kosmo Online.

Berdasarkan dokumen peribadi mangsa, nama yang tertera di dokumen tersebut berbangsa lain, namun menurut suspek lelaki yang dipercayai bapa mangsa, kedua-dua anaknya itu telah diislamkan di Kelantan.

“Bagaimanapun hasil semakan dengan jabatan agama di Kelantan, tiada rekod dua beradik itu. Di pihak kita juga, tiada rekod menyatakan dua beradik yang maut ini beragama Islam.

“Buat masa ini kita bergantung kepada pengakuan daripada suspek serta ibu kandung dua beradik berkenaan yang dipercayai berbangsa lain. Kita sedang tunggu pengesahan lanjut, sekiranya beragama Islam kita akan uruskan pengebumian,” katanya, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, dua beradik ditemukan meninggal dunia selepas kereta Nissan Teana dinaiki mereka bersama ibu dan bapa terjunam ke dalam sungai di jambatan Tanjung Agas, kira-kira pukul 11.44 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, susulan kenyataan meragukan suspek ketika soal siasat, kes tersebut diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Susulan itu, seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang dipercayai bapa kepada mangsa serta seorang wanita tempatan berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siastan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button