BERITA SEMASA

Buruh binaan maut dihempap runtuhan konkrit

BUKIT MERTAJAM – Seorang warga Indonesia maut selepas dihempap runtuhan konkrit ketika menjalankan kerja-kerja pembinaan di sebuah premis di Jalan Guar Perahu Indah, di sini hari ini.

Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Marzuki,27, dan bekerja sebagai buruh binaan.

Menurut kenyataan itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.55 petang tadi.

Susulan itu, lima anggota bersama sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dihantar ke lokasi.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan operasi kemudian mengalihkan mangsa ke kawasan selamat, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” kata kenyataan itu.

PGO berkata, jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 5.05 petang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button