Lelaki disyaki curi RM10,000 daripada dompet dibebaskan dengan jaminan polis
KAJANG – Seorang penghantar barang yang disyaki mencuri wang tunai RM10,000 daripada dompet yang ditemukan di sebuah pasar raya di Semenyih, di sini, dibebaskan dengan jaminan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihaknya kini sedang melengkapkan siasatan berkaitan kes tersebut.
“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis bagi melengkapkan kertas siasatan. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, suspek yang ditahan sebelum ini selepas menyerahkan dompet milik warga China itu disambung reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan
Terdahulu, tular di media sosial tindakan lelaki itu memulangkan dompet berkenaan, namun dituduh oleh pemilik dompet itu melarikan wang tunai sebanyak RM10,000.
Dalam video yang tular itu, lelaki terbabit menafikan mengambil wang berkenaan dan mendakwa hadir bagi memulangkan dompet yang ditemukan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








