POLITIK

UMNO, PH bincang krisis Negeri Sembilan minggu depan

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dijadual mengadakan pertemuan minggu depan bagi membincangkan krisis pentadbiran di Negeri Sembilan termasuk kedudukan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbincangan itu akan berlangsung menerusi platform Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, UMNO akan berunding bersama Biro Politik PH bagi meneliti beberapa perkara berkaitan dasar dan pendirian kedua-dua parti dalam menangani kemelut berkenaan.

“Apa yang berlaku di Negeri Sembilan ini melibatkan soal dasar serta pendirian parti masing-masing. Kita akan kembali kepada perjanjian persefahaman dalam Kerajaan Perpaduan.

“Sekiranya berlaku salah faham atau perselisihan, kita ada saluran iaitu Majlis Perundingan Pimpinan dan minggu depan kita akan bertemu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Asyraf berkata,isu yang timbul bukan hanya melibatkan individu semata-mata, sebaliknya turut menyentuh aspek kedaulatan institusi Raja serta adat negeri.

Sebelum itu, UMNO Negeri Sembilan dilaporkan menyatakan kesediaan untuk menjadi pembangkang berbanding bersama PH dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Jalaluddin Alias berkata, pendirian itu diambil bagi mengelakkan parti terpalit dengan isu yang dikaitkan dengan Aminuddin, khususnya melibatkan krisis adat dan Perlembagaan negeri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button