BISNES & EKONOMI

Bursa Malaysia catat permodalan pasaran lebih RM2 trilion selepas 50 tahun

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia mencatatkan permodalan pasaran melebihi RM2 trilion selepas lima dekad beroperasi, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi penting dalam pembangunan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu menunjukkan perkembangan pesat pasaran modal negara berbanding ketika penubuhannya pada 1976 yang hanya mempunyai 264 syarikat tersenarai dengan nilai RM12.7 bilion.

Menurut beliau, Bursa Malaysia kini mempunyai lebih 1,100 syarikat tersenarai, namun kejayaan sebenar institusi itu tidak seharusnya dinilai berdasarkan angka semata-mata.

“Meraikan ulang tahun ke-50 Bursa Malaysia malam ini, sebuah institusi penting dalam pembangunan ekonomi dan pasaran modal negara.

“Daripada 264 syarikat tersenarai bernilai RM12.7 bilion pada 1976, Bursa kini mempunyai lebih 1,100 syarikat dengan permodalan pasaran melebihi RM2 trilion,” katanya pada Majlis Pelancaran Buku Coffee Table Bursa Malaysia sempena ulangtahun ke 50 institusi itu.

Sebaliknya, keyakinan pelabur serta peluang ekonomi yang diwujudkan perlu menjadi ukuran utama, selain memastikan aspek tadbir urus, ketelusan dan keadilan terus diperkukuh.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan sempena sambutan ulang tahun ke-50 Bursa Malaysia malam ini.

Anwar berkata, kerangka Ekonomi MADANI akan terus menjadi landasan kerajaan dalam memperkukuh daya tahan ekonomi dan daya saing negara, khususnya ketika berdepan ketidaktentuan geopolitik, perubahan teknologi serta peralihan tenaga global.

Beliau berharap Bursa Malaysia terus berkembang dalam tempoh lima dekad akan datang sebagai institusi yang diyakini pelabur serta pemangkin kepada kemakmuran negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button