Peruntukan pembangkang, tiada syarat sokong PM – Anwar Ibrahim
KAJANG – Kerajaan tidak meletakkan sebarang syarat kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk membolehkan mereka menerima peruntukan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, persetujuan untuk menyalurkan peruntukan itu diputuskan mengambil kira keutamaan ekonomi dan kestabilan negara.
Jelas beliau, penetapan syarat-syarat khusus tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana, Khamis lalu.
“Kita bagi mandat kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhillah Yusof dan juga jawatankuasanya. T
“Tidak ada syarat untuk sokong Perdana Menteri. Ia untuk tumpu kepada pertumbuhan ekonomi yang memjamin keamanan, kestabilan
“Yang lebih terperinci mereka boleh bincang”, katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan kerajaan bersetuju untuk mempertimbang peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Semalam pula, Ketua Whip DAP, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu akan disalurkan secara bersyarat.
Di sebelah PAS pula, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya akan meneliti dan mempertimbangkan syarat ditetapkan Kerajaan Perpaduan sekiranya ada.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








