BERITA SEMASA

PM adakan pertemuan dengan Erdogan hari ini

ISTANBUL – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Istanbul bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, hari ini.

Lawatan kerja selama dua hari di Turkiye itu turut diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Ketibaan Perdana Menteri dan delegasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul
disambut Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal, Menteri Penasihat dari Kedutaan Besar Malaysia di Ankara Clara Soon May Lynn dan Ahmad Hashim Mahmood, serta Atase Pertahanan Malaysia Kolonel Mohd Edafi Daud.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan berkata, Perdana Menteri dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Erdogan, hari ini.

“Agenda utama adalah membincangkan usaha bersama antara Malaysia dan Türkiye bagi menyumbang ke arah penyelesaian krisis Palestin-Israel yang semakin meruncing,” katanya.

Selepas pertemua bersama Erdogan, Perdana Menteri akan melakukan lawatan sulung ke Mesir dan bertemu rakan sejawatnya, Abdel Fattah al-Sisi.

“Ia bagi membincangkan konflik Palestin-Israel terutamanya dalam usaha menghentikan segera pertempuran dan pembukaan koridor kemanusiaan untuk penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza melalui pintu sempadan Rafah-Gaza,” jelasnya.

Perdana Menteri juga akan mengadakan kunjungan ke atas Imam Besar Al-Azhar, Prof. Dr. Sheikh Ahmed Mohamed Ahmed El-Tayeb,.

“Kedua-dua lawatan kerja tersebut mencerminkan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi mengenai isu Palestin.

“Ini khususnya bagi meringankan penderitaan dan kesengsaraan dialami rakyat Palestin akibat krisis di Semenanjung Gaza yang mash berterusan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button