PM terkejut ditanya KJ akan sertai Kabinet
PUTRAJAYA – “Ye ke? Siapa bagitau?” demikian reaksi ringkas tetapi penuh makna oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas khabar angin bahawa bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bakal menyertai Kabinetnya tidak lama lagi.
Anwar memberikan reaksi itu sambil tersenyum selepas menghadiri Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di sini, hari ini.
Desas-desus mengenai kemasukan semula Khairy ke dalam Kabinet mula hangat diperkatakan susulan laporan media yang menjangkakan akan berlaku rombakan Kabinet pada awal Disember ini.
Difahamkan, rombakan itu dijangka dilakukan bagi mengisi beberapa kekosongan portfolio menteri, selain penyusunan semula beberapa kementerian utama.
Sementara itu, nama bekas Ahli Parlimen Rembau itu antara yang disebut-sebut bakal kembali menerajui Kabinet.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








