PM hulur sumbangan kepada pelajar menerusi inisiatif ‘Back to School’
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi telah meneruskan pemberian sumbangan sempena pembukaan semula sekolah menerusi inisiatif ‘Back to School’.
Menurut Perdana Menteri, Ahmad yang mewakili pihaknya memberikan sumbangan kepada anak-anak pemandu teksi sekitar Lembah Klang semalam.
Jelas beliau, pemberian sumbangan kali ini mendapat kerjasama Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) yang diketuai Kamarudin Mohd Hussain.
“Alhamdulillah, dengan kerjasama Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) yang diketuai Saudara Kamarudin Mohd Hussain, membolehkan sumbangan kali ini diberikan kepada anak-anak kepada pemandu teksi sekitar Lembah Klang.
“Saya mendoakan agar anak-anak berjaya dalam pelajaran mereka, Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








