Anwar arah Rapid KL, Kementerian Pengangkutan segera atasi isu kepadatan penumpang LRT
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad (Rapid KL) dan Kementerian Pengangkutan mengambil perhatian terhadap isu kepadatan penumpang di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) serta mencari penyelesaian segera.
Arahan itu susulan aduan seorang pengguna media sosial, Siti Anisah yang meminta supaya gerabak tren ditambah berikutan keadaan tren yang terlalu sesak, selain kesesakan lalu lintas yang menyukarkan perjalanan harian.
Menerusi maklum balas di platform Threads, Anwar berkata masalah berkenaan kerap berlaku dan memberi kesan kepada rutin harian sebahagian besar rakyat.
Beliau turut meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan pihak Rapid KL mengambil tindakan segera bagi menangani permasalahan itu.
“Kerap kali terjadi dan ia pastinya merencatkan rutin harian rakyat terbanyak. Kita mesti lebih peka dan bertindak,” katanya.
Anwar turut menegaskan keperluan untuk pihak berkaitan lebih prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi pengguna pengangkutan awam serta memastikan penyelesaian dapat dilaksanakan dengan segera.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







