BERITA SEMASADALAM NEGERI

Tujuh cedera akibat mercun bola, polis tahan seorang lelaki

ALOR SETAR – Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun ditahan polis kerana disyaki bermain mercun bola sehingga menyebabkan tujuh individu cedera, termasuk dirinya dalam kejadian di Tobiar, Pendang, Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu semalam.

Menurut siasatan awal, suspek mengaku bermain mercun bersama enam saudara lain sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

“Mercun yang dinyalakan dipercayai masuk ke dalam plastik mengandungi mercun lain sebelum menyebabkan letupan kuat.

“Letupan itu mengakibatkan enam individu berusia antara 11 hingga 20 tahun yang berada berhampiran lokasi kejadian cedera pada bahagian muka dan badan.

Related Articles

“Semua mangsa termasuk suspek dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pendang, manakala seorang mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah akibat kecederaan serius pada mata,” katanya.

Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button