JENAYAH & MAHKAMAH

Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah Agong

KUALA LUMPUR – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman terhadap Badrul Hisham, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Port Dickson itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah turut menaikkan jumlah jaminan sebanyak RM5,000, menjadikan keseluruhan jaminan RM15,000.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Pada 29 April 2024, Badrul Hisham didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai kenyataan itu boleh merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, di sini, kira-kira pukul 6 petang pada 22 Januari 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button