Remaja 17 tahun maut dipercayai terjatuh dari balkoni rumah di Kundang
SUNGAI BULOH – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni kediamannya di Kundang, Rawang, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz bin Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.30 malam, 25 Oktober 2026.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.
Polis turut meminta masyarakat menghormati privasi keluarga mangsa dengan tidak menyebarkan sebarang imej atau maklumat yang belum disahkan berkaitan insiden itu di platform media sosial.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








