Dua remaja terperangkap akibat kepala air diselamatkan bomba
SLIM RIVER – Dua remaja lelaki berusia 17 tahun diselamatkan bomba selepas terperangkap di seberang sungai susulan kejadian kepala air di kawasan perkelahan Sungai Bil, Kampung Sungai Bil, Slim Village, di sini, petang semalam.
Ketua Operasi, PBK II KUP Muhamad Fadil Muhamad Raslan berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim menerima maklumat sebelum tiba di lokasi pada pukul 5.35 petang.
Menurutnya, sebaik tiba, pihaknya mendapati kedua-dua mangsa masih berada di seberang sungai dan sedang menunggu bantuan.
āKetua Operasi melaksanakan penilaian awal (size-up) sebelum menggunakan konsep SAVER bagi memastikan operasi menyelamat dijalankan dengan selamat.
āAnggota kemudian memakai Personal Flotation Device (PFD) sebelum mencari laluan hutan yang selamat untuk sampai ke lokasi mangsa,ā katanya dalam kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa berjaya ditemui dan dibawa keluar melalui laluan hutan dalam keadaan selamat.
āMangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,ā katanya.
Operasi membabitkan enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) itu tamat pada pukul 6.15 petang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







