Polis tahan lelaki disyaki cabul remaja bawah umur di PPS
KOTA BARU – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mencabul kehormatan seorang mangsa banjir berusia 16 tahun di pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok, kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 21 tahun itu ditahan tidak lama selepas polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
“Laporan itu dibuat oleh ibu mangsa. Beliau mendakwa anaknya memaklumkan bahawa seorang lelaki, yang juga mangsa banjir, telah mencabulnya ketika berada di pusat pemindahan.
“Kejadian berlaku sekitar pukul 11 malam, Rabu lepas. Berikutan laporan itu, polis menahan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes berkaitan dadah,” katanya, hari ini.
Belai menambah, suspek seorang warga tempatan itu direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Beliau turut memaklumkan bahawa tahun lalu, polis merekodkan tiga kes rogol membabitkan kanak-kanak perempuan bawah umur di pusat pemindahan banjir di Pasir Mas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







