BERITA SEMASA

Inisiatif basikal percuma manfaatkan 10,000 remaja Sungai Buloh

SUNGAI BULOH – Kira-kira 10,000 remaja di Sungai Buloh bakal menerima basikal percuma menerusi satu inisiatif yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan mobiliti serta mengukuhkan hubungan komuniti.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan berkata, seramai 500 penerima pertama telah menerima basikal masing-masing pada majlis pelancaran inisiatif berkenaan, semalam.

Beliau berkata, program berkenaan bukan sekadar penyerahan basikal, sebaliknya pelaburan terhadap masa depan golongan belia.

Berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Parlimen Sungai Buloh dan Penyerahan Basikal Percuma semalam, Ramanan berkata, aktiviti berbasikal mampu memupuk amalan hidup lebih sihat di samping mengeratkan hubungan dalam komuniti.

“Kita mahu lebih ramai anak muda mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, selain menjadikan aktiviti berbasikal sebagai medium mengukuhkan ikatan kekeluargaan, hubungan kejiranan serta perpaduan masyarakat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ramanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap program yang diumumkan diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Jealas beliau, pembangunan tidak seharusnya diukur hanya berdasarkan kemajuan infrastruktur fizikal, sebaliknya turut merangkumi usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pendidikan, pembangunan belia, kebajikan dan program kemasyarakatan.

“Kerajaan MADANI akan terus memastikan tiada golongan yang tercicir serta setiap dasar yang dilaksanakan memberi impak langsung kepada kehidupan rakyat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua penerima supaya mengutamakan aspek keselamatan ketika berbasikal dan memanfaatkan kemudahan itu sebaiknya memandangkan pengagihan basikal akan dilaksanakan secara berperingkat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button