BERITA SEMASA

Konflik Asia Barat: KPT beri jaminan keselamatan pelajar Malaysia jadi keutamaan

KUALA NERUS – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memnberi jaminan keselamatan pelajar Malaysia di Asia Barat akan terus menjadi keutamaan dan dipantau rapi susulan ketegangan akibat konflik antara Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, KPT sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar bagi memantau situasi semasa sekali gus memastikan kebajikan pelajar terpelihara.

Jelasnya, pemantauan khusus turut dijalankan di negara-negara Teluk yang berpotensi terkesan dengan konflik tersebut termasuk Arab Saudi.

“Jika dilihat di negara-negara Teluk — hanya Arab Saudi mempunyai bilangan pelajar Malaysia yang ramai. Negara Teluk lain termasuk institusi yang berkaitan dengan Amerika Syarikat, mempunyai bilangan pelajar yang sedikit.

“Tetapi, walau ramai atau sedikit, KPT tetap mengambil langkah perlu untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya memetik laporan Berita RTM.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Sembang Santai Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Mahasiswa di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button