
Pelajar jatuh tingkat 5 bangunan sekolah meninggal dunia
KAJANG – Seorang pelajar sebuah sekolah di sini yang cedera parah selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah kelmarin, disahkan meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pelajar lelaki berusia 13 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang, 2.30 pagi tadi.
“Siasatan lanjut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah terbabit.
“Pelajar itu dirawat di Hospital Kajang dan beberapa kesan kecederaan dialaminya pada bahagian kepala serta anggota badan. Punca kematian disebabkan jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, satu pasukan siasatan khas juga ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi menyiasat kes dengan lebih terperinci.
“Setakat ini, lapan saksi dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan mati mengejut (SDR). Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Inspektor Muhammad Faizal Azizi di talian 011-16120032 bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








