JENAYAH & MAHKAMAH

Budak maut jatuh tingkat 13, polis rakam keterangan 8 individu termasuk ibu bapa mangsa

AMPANG – Polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk ibu bapa kanak-kanak yang maut terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartment di Taman Cahaya Ampang, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan kes mengenai insiden berkenan masih dijalankan.

“Setakat ini lapan orang telah diambil keterangan.

“Proses bedah siasat mangsa juga telah selesai di Hospital Ampang,” katanya, hari ini.

Laporan media semalam menyebut mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut setelah dipercayai jatuh daripada sebuah apartment.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan berada di rumah bersendirian.

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button