Hutang main kutu mungkini punca 3 beranak hilang
JITRA – Polis tidak menolak kemungkinan faktor hutang bermain kutu sebagai punca tiga beranak dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, sejak 20 Julai lalu, lapor BH Online.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim memaklumkan setakat ini, pihaknya menerima satu laporan daripada individu dikatakan mangsa terbabit permainan kutu itu, terhadap si isteri berkenaan.
Hingga kini, katanya, pasangan suami isteri bersama seorang anak mereka itu masih gagal dikesan.
Selain itu, beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada pergerakan mereka ke luar negara dikesan, setakat ini.
“Siasatan masih diteruskan sebagai ‘Orang Hilang’ dan polis meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya ternampak mereka.
“Siasatan dijalankan dari segala sudut, termasuk kemungkinan mereka menjadi mangsa perlakuan jenayah atau kemalangan,” katanya.
Sebelum ini, tiga beranak terbabit dilaporkan hilang dan gagal dihubungi selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas sejak 20 Julai lalu.
Susulan itu, bapa wanita terbabit yang berusia 62 tahun membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, semalam, selepas gagal mengesan anak perempuan, menantu serta cucunya itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








