BERITA SEMASADALAM NEGERI

KPM laksana reformasi segera tangani isu kesihatan mental pelajar

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mempergiat pelaksanaan intervensi segera bagi memantau dan menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, reformasi segara secara menyeluruh terhadap sistem serta mekanisme sedia ada itu adalah bagi memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid ditangani secara tegas, pantas dan berkesan.

Menurutnya, antara usaha yang akan dilaksanakan serta-merta adalah Saringan Minda Sihat yang akan dilakukan pada kekerapan dua kali setahun di lebih 10,243 sekolah bagi mengenal pasti murid yang menunjukkan tanda kemurungan atau memerlukan intervensi segera.

“KPM mengambil serius isu kesihatan mental dan kesejahteraan pelajar. Saringan ini membolehkan tindakan awal diambil bagi membantu murid yang berisiko.

“KPM akan menilai keberkesanan usaha ini secara intensif dan berterusan,” katanya dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, usaha intervensi ini memberi tumpuan kepada lima fokus utama, iaitu kesihatan mental, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, pencegahan bahan terlarang, dasar perlindungan kanak-kanak, serta sistem sokongan guru dan suara murid.

KPM juga menegaskan pemantauan rapi akan dilakukan secara berterusan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan berkesan.

Beliau berkata, kejayaan pelaksanaan inisiatif itu turut bergantung kepada kerjasama erat ibu bapa dan penjaga untuk lebih peka terhadap perubahan emosi anak-anak serta meluangkan masa bersama mereka.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button