KPM gesa salah laku buli dilapor segera untuk tindakan
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan setiap kes salah laku buli di sekolah perlu dilaporkan bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil.
Menerusi hantaran di Facebook, KPM memaklumkan laporan boleh dibuat melalui sistem Aduan Buli KPM dengan menyertakan maklumat penting seperti tarikh, masa, lokasi, butiran kejadian serta identiti pelaku dan mangsa.
“Tanpa maklumat lengkap, siasatan dan tindakan sukar dijalankan. KPM tidak akan berkompromi dengan salah laku buli,” katanya.
KPM turut menjelaskan pengadu boleh membuat laporan secara anonim melalui talian 03-8884 9325 atau 014-800 9325 (panggilan dan WhatsApp).
“KPM sentiasa berusaha menambah baik langkah menangani salah laku buli demi keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








