BERITA SEMASA

Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM baharu

PUTRAJAYA – Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang baharu berkuat kuasa 30 Januari lalu.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan pengalaman dan reputasi kepimpinan yang dimiliki oleh Arman Rumaizi, KPT yakin beliau berupaya meneraju dan memperkasa tadbir urus UPNM.

“Beliau berupaya mengukuhkan pentadbiran organisasi, pembangunan akademik dan penyelidikan berteraskan sains dan teknologi pertahanan bagi melahirkan bakat terbaik negara khususnya dalam sektor pertahanan dan keselamatan negara,” katanya.

Arman Rumaizi berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Pengajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012.

Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi adalah merupakan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari tahun 2022 dan pernah menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota serta Panglima Markas 2 Divisyen Pulau Pinang.

Beliau juga pernah dilantik sebagai penasihat ketenteraan kepada mantan Menteri Pertahanan dari tahun 2014 hingga 2018.

Dalam pada itu, KPT turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad atas jasa bakti beliau menerajui UPNM sebelum ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button