KPT benarkan IPT terjejas banjir laksana kelas dalam talian
KUALA LUMPUR – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa institusi pengajian tinggi (IPT) yang terjejas akibat bencana banjir diberi kelonggaran menjalankan kelas secara dalam talian.
Menurut Zambry, keputusan tersebut telah dipersetujui menerusi perbincangan khas pihaknya pagi tadi yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KPT, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.
“Kalau ada kawasan yang terjejas disebabkan banjir, mereka boleh buat kelas secara dalam talian terutama di Kelantan, Terengganu.
“KPT sangat fleksibel untuk memberi ruang kepada pihak IPT. Sekarang ini terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk meneruskan sesi kuliah
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara Kementerian Pertahanan dan KPT di sini, hari ini.
Jelas Zambry, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga sedang bekerjasama dengan pihak universiti untuk menyalurkan bantuan kepada pelajar yang terjejas akibat banjir.
“KPT ada skuad di setiap universiti iaitu Skuad Ihsan Madani yang digerakkan untuk membantu mangsa banjir terjejas,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








