BERITA SEMASADALAM NEGERI

Simpan SSPN: Waris Pegawai AKEPT terima lebih RM100,000

PUTRAJAYA – Waris mendiang Ketua Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Kepimpinan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Poovan Arumugam menerima manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian berjumlah lebih RM100,000 menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, pihaknya bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menganjurkan Program Ziarah Kasih Simpan SSPN di kediaman keluarga mendiang di sini, petang semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hadir menyantuni balu mendiang, Sivagami Vairavan dan menyampaikan surat serta replika kad manfaat perlindungan takaful Simpan SSPN.

“Melalui akaun Simpan SSPN Prime yang dibuka atas nama sendiri dan tiga anak, mendiang layak menerima manfaat perlindungan takaful berjumlah RM1,822.56 dan khairat kematian sebanyak RM3,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM4,822.56,” menurut kenyataan itu.

Baca juga : SSPN 2024 mencatat kadar dividen tertinggi 4.05 peratus

Selain itu, mendiang turut membuka tiga akaun Simpan SSPN Plus untuk anak-anak di bawah Pakej Topas dan Delima dengan komitmen caruman takaful sebanyak RM30 sebulan sahaja.

Justeru, katanya, kesemua waris layak menerima manfaat perlindungan takaful berjumlah RM90,000 dan khairat kematian RM9,000, menjadikan jumlah manfaat Simpan SSPN Plus sebanyak RM99,000

Secara keseluruhan, jumlah manfaat yang diterima waris melalui kedua-dua produk tersebut adalah sebanyak RM103,822.56, sekali gus membuktikan bagaimana simpanan pendidikan boleh menjadi pelindung kewangan kepada keluarga dalam saat paling mencabar.

Menurut KPT, Program Ziarah Kasih itu bukan sahaja memperingati jasa pendeposit, malah menyampaikan mesej penting mengenai perancangan kewangan berasaskan simpanan dan perlindungan takaful yang ditawarkan oleh PTPTN melalui Simpan SSPN.

Turut hadir, Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; dan Pengarah AKEPT, Dr Harshita Aini Haroon.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button