[VIDEO] Kerjasama erat Kerajaan, ibu bapa, pendidik kunci kejayaan sistem pendidikan negara
PUTRAJAYA – Kejayaan sistem pendidikan negara akan dapat dicapai sekiranya wujud kerjasama erat di antara pihak Kerajaan, ibu bapa dan warga pendidik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan mantap antara semua pihak penting bagi memastikan anak-anak menerima dukungan yang menyeluruh, sama ada di sekolah mahupun di rumah.

“Sekolah, selain tempat menimba ilmu, adalah ruang awal dalam pembentukan sahsiah, disiplin dan jati diri.
“Kejayaan sistem pendidikan tidak hanya bergantung pada dasar dan peruntukan semata, tetapi juga pada kerjasama erat antara Kerajaan, ibu bapa dan warga pendidik,” kata Anwar dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
@malaysiatribune Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pengalaman beliau menyantuni anak-anak kecil yang baru melangkah ke alam persekolahan. “Pagi ini (tadi), saya bersama (Datuk Seri) Wan Azizah berkunjung ke SK Sg Besi, SJKC Kwong Hon dan SJKT Sg Besi bagi memantau pengedaran Bantuan Awal Persekolahan, yang merupakan inisiatif penting untuk meringkankan beban ibu bapa membuat persiapan awal persekolahan anak-anak. “Melihat keterujaan dan wajah mereka mengingatkan kita bahawa setiap anak tidak hanya menggendong harapan menggunung ibu bapa, tetapi turut memikul keyakinan para guru dan cita besar masa depan negara,” katanya lagi. #malaysiatribune #beritasemasa #trendingnewsmalaysia #pmx #anwaribrahim
Beliau turut menambah, pendidikan akan terus menjadi keutamaan kepada negara.
“Dengan memastikan pendidikan yang berkualiti, berteraskan nilai dan kemanusiaan, kita lantas meyakini mampu untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta mampu menongkah arus cabaran dengan semangat dan keyakinan,” katanya lagi.

Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi pengalaman beliau menyantuni anak-anak kecil yang baru melangkah ke alam persekolahan.
“Pagi ini (tadi), saya bersama (Datuk Seri) Wan Azizah berkunjung ke SK Sg Besi, SJKC Kwong Hon dan SJKT Sg Besi bagi memantau pengedaran Bantuan Awal Persekolahan, yang merupakan inisiatif penting untuk meringkankan beban ibu bapa membuat persiapan awal persekolahan anak-anak.
“Melihat keterujaan dan wajah mereka mengingatkan kita bahawa setiap anak tidak hanya menggendong harapan menggunung ibu bapa, tetapi turut memikul keyakinan para guru dan cita besar masa depan negara,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








