Anwar, Prabowo bincang isu tarif ekonomi AS
PUTRAJAYA – Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif ekonomi terhadap negara ASEAN menjadi antara isu dibincangkan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, petang tadi.
Kata Anwar dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, kunjungan singkat Prabowo hari ini merupakan kunjungan silaturahim antara mereka berdua, selaku sahabat lama.
“Dalam suasana lebaran yang penuh keberkatan, saya telah menerima kunjungan silaturahmi daripada sahabat lama yang juga Presiden Indonesia yakni Bapak Prabowo Subianto lewat petang tadi.
“Kami berbincang mengenai isu-isu serantau yang penting, termasuk dampak tarif baharu yang diterapkan Amerika Syarikat terhadap negara-negara ASEAN.
“Selain itu, (perbincangan turut) menyentuh usaha dan tindakan bersama dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Myanmar yang terkesan akibat bencana gempa baru-baru ini,” katanya dalam hantaran tersebut.
Anwar kemudian turut menyatakan harapannya supaya hubungan di antara kedua buah negara akan terus diperkuatkan.
“Semoga semangat Aidilfitri terus memperkuat hubungan persaudaraan dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia atas nama keamanan dan kesejahteraan serantau,” kata beliau lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








