BERITA SEMASA

Kementerian Perpaduan Negara kerah jentera bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah mengerah jentera Komuniti Rukun Tetangga (KRT) bagi membantu mangsa bencana banjir di kawasan terjejas, seluruh negara.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kementeriannya telah bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), serta pihak berkuasa bagi memberi bantuan yang diperlukan.

“Kita memang ada jentera untuk membantu hal banjir dan sebagainya, dan saya (juga) baru balik dari Gua Musang dan Kota Bharu (di Kelantan, yang turut dilanda banjir),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan International Interfaith Peace Conference (IIPC) di sini hari ini.

Pagi tadi, keadaan banjir di sembilan negeri semakin memburuk, dengan lebih 120,000 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain Kelantan yang paling terkesan dengan bencana itu, banjir turut melanda Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Johor, Melaka, Perak dan Selangor.

Semalam, Perdana Menteri Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cuti semua menteri dan timbalan menteri dibekukan susulan bencana yang melanda negara ketika ini, dengan semua mereka diarahkan untuk turun ke kawasan bencana untuk membantu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button