Kursus tak relevan dengan AI tidak akan ditutup – Zambry
KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan tidak semua kursus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak berkait secara langsung dengan kecerdasan buatan (AI) perlu ditutup.
Menurut beliau, terdapat kursus bersifat pelbagai disiplin yang masih relevan dan penting dalam membina kerangka pendidikan lebih menyeluruh.
“Bukan semua kursus yang tiada kaitan langsung dengan AI perlu dihentikan. Ada kursus yang merangkumi pendekatan multi-disiplin seperti bidang sains sosial yang tetap diperlukan dalam pembangunan AI dan masyarakat,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Menjawab soalan asal Kamal Ashaari (PN–Kuala Krau), Zambry berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited memastikan graduan kekal relevan dalam pasaran kerja selaras keperluan semasa negara.
Menurutnya, kerajaan turut mengekalkan akses pendidikan tinggi dan latihan TVET kepada golongan B40 dan M40 meskipun melibatkan kos tinggi bagi memastikan tiada yang tercicir.
“Kita turut semak dan kemas kini silibus agar graduan dapat menyesuaikan diri dengan keperluan sebenar dunia pekerjaan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment