
Isu teknikal punca tren laluan Shah Alam mengeluarkan percikan api
SHAH ALAM – Insiden melibatkan sebuah tren di Stesen Stadium Shah Alam, Laluan Shah Alam pada 4 Julai lalu berpunca daripada isu teknikal pada salah satu komponen tren yang bersentuhan dengan konduktor kuasa, sekali gus mengakibatkan bunyi letupan kecil dan percikan api.
Perkara itu dimaklumkan oleh pihak Rapid KL menerusi satu kenyataan media, hari ini.
Rapid KL berkata, Perkara itu dimaklumkan oleh pihak Rapid KL menerusi satu kenyataan media, hari ini.
“Semua penumpang telah diturunkan di stesen berikutnya dan meneruskan perjalanan menggunakan tren lain.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, manakala operasi perkhidmatan di Laluan Shah Alam terus berjalan seperti biasa.
“Tren tersebut kemudiannya dibawa ke depoh untuk menjalani pemeriksaan terperinci,” katanya.
Tambah kenyataan itu lagi, komponen tren yang terjejas telah diganti, manakala tren berkenaan dibenarkan kembali beroperasi setelah menjalani pemeriksaan rapi dan disahkan selamat untuk digunakan.
“Rapid KL sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang serta memandang serius insiden yang melibatkan operasi perkhidmatan.
“Pemeriksaan dan pemantauan terhadap tren-tren lain turut dilaksanakan sebagai langkah pencegahan,” ulasnya.
Penumpang disarankan merujuk pada laman media sosial Rapid KL atau aplikasi perjalanan MyRapid PULSE untuk status terkini perkhidmatan Laluan Shah Alam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








