BERITA SEMASA

KPT umum insentif tambahan bagi atlet cemerlang di AUG

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pertambahan insentif kepada pemenang- pemenang yang berjaya merangkul pingat dalam kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) yang berlangsung di Surabaya dan Malang, Indonesia pada 25 Jun hingga 6 Julai lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir insentif tersebut merangkumi RM3,000 bagi pemenang pingat emas, RM2,000 pingat perak dan RM1,500 kepada atlet yang berjaya merangkul pingat gangsa.

“KPT merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada kontinjen negara melibatkan atlet-atlet Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang mempamerkan pencapaian cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara keseluruhan, kontinjen negara berjaya meraih 38 pingat emas, 45 pingat perak dan 60 pingat gangsa, sekali gus melepasi sasaran 35 pingat emas.

Pencapaian tersebut meletakkan Malaysia menduduki tempat ketiga negara terbaik sepanjang 11 hari berlangsungnya kejohanan tersebut.

“Pastinya, pencapaian membanggakan ini adalah hasil usaha gigih kontinjen negara yang terdiri daripada 263 atlet dan 119 pegawai dengan 18 acara disertai kontinjen negara yang berentap bersama 11 buah negara ASEAN lain,” katanya.

Tambah KPT lagi, pihaknya komited untuk menjayakan AUG siri ke-22 dengan Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah penganjuran pada 2026.

“Penganjuran sukan ini diyakini dapat terus melahirkan bakat terbaik sukan negara sekaligus melakar nama negara di persada antarabangsa.

“Sesungguhnya, KPT turut komited bersama agensi serta badan sukan lain dalam usaha membangunkan bakat sukan yang berprestasi tinggi dan mampu bersaing secara kompetitif di arena antarabangsa,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button