BERITA SEMASA

400,000 peminjam PTPTN dikesan tidak pernah bayar balik pinjaman

PUTRAJAYA – Sejumlah 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dikesan tidak pernah membayar langsung hutang pinjaman mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, angka berkenaan melibatkan peminjam yang telah menamatkan pengajian sejak 10 tahun lepas, membabitkan nilai lebih RM5 bilion.

“Data itu bukan untuk pelajar yang tamatkan pengajian dua atau tiga tahun tapi ia melibatkan pelajar yang langsung tidak pernah membayar hutang mereka. Ada juga sampai 20 tahun tidak pernah bayar

“Saya pernah tanya mereka (peminjam) berapa boleh bayar? Mereka cakap RM70 jadi saya cakap tidak mengapa asalkan bayar sebab generasi akan datang juga perlukan pinjaman ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi Taklimat Luncheon Talk With Editors Sempena Program Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid.

Mengulas mengenai pembentangan pinjamanan PTPTN di Dewan Negara baru-baru ini, Zambry berkata, pihak pembangkang dan kerajaan bersetuju agar tindakan diambil terhadap peminjam yang culas membayar balik pinjaman mereka.

“Seramai 12 Ahli Parlimen Dewan Negara bangun menyatakan persetujuan agar tindakan diambil terhadap peminjam yang tegar ini,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button