BERITA SEMASA

KPT arah program libatkan penceramah pro-Zionis dibatalkan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah pro-Zionis baru-baru ini dibatalkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau dan pihaknya mengambil maklum dan memandang serius isu berhubung mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat itu.

“Susulan itu, saya telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.

“Saya turut meminta Universiti Malaya (UM) untuk menyiasat perkara ini dan melaporkan segera butiran lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dalam pada itu, beliau menasihati setiap agensi dan institusi di bawah KPT supaya peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program yang dianjurkan.

Kata Zambry lagi, setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan dasar serta pendirian kerajaan.

“Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program-program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang penceramah warga asing yang dipercayai menyebarkan naratif pro-Zionis dalam ceramahnya di UM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button